Memperkasakan generasi masa depan menerusi Internet berkelajuan tinggi
1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam
projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses
Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang
mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada
penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah
mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang
digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan
menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua
rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara
pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE
sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment