SEJARAH SEKOLAH 学校历史


SEJARAH SEKOLAH 
sjk( c ) yee hwa

Tahun 1946 (Permulaan)

Ditubuhkan oleh En Ong Kit Leong (AMN)dan rakannya dan dinamakan Sekolah YEE HWA.
Bahan bahan pembinaan semuanya disumbangkan oleh para penduduk kampung sungai belukang.
Keseluruhan kos pembinaan bangunan sekolah pada masa itu adalah sebanyak RM200 RM300.
Terdapat 50 orang pelajar yang menuntut, kebanyakan mereka adalah pelajar terlebih umur.

Tahun 1948
lembaga pengarah sekolah telah mempelawa En.Kuok Guan Lin untuk menjadi guru besar sekolah. 
Tahun 1951
Bilangan pelajar semakin meningkat, kelas yang asal tidak lagi muat. Selepas mendapat persetujuan daripada para penduduk, bangunan baru mula dibina dan disiapkan pada tahun 1952.
Tahun 1957
En  Beh Qing Lin menjadi guru besar dan selepas itu En Kuok Guan Lin menjadi Guru besar semula pada tahun 1962.
Tahun 1964
SJK (c) YEE HWA diisytiharkan sebagai sekolah bantuan penuh.
Bilangan Pelajar telah meningkat seramai 135 orang pelajar dan 8 orang guru. 

Tahun 1967
Pihak sekolah berjaya mendapat sumbangan dari KPM untuk   membina lagi 2 buah bilik darjah yang baru.

 Tahun 1972
Sumbangan KPM sekali lagi diterima oleh pihak sekolah untuk membina 3 buah lagi bangunan sekolah baru untuk menampung bilangan murid yang meningkat seramai 154 orang.

Tahun 1978- 2009
Oleh sebab bilangan penduduk yang semakin berkurangan bilangan pelajar turut menurun secara mendadak, terdapat juga pelajar yang bertukar ke sekolah yang berhampiran , ini juga merupakan faktor utama kekurangan pelajar. Sehingga akhirnya hanya tinggal 2-4 orang guru yang mengajar dan maksimum 12 orang pelajar.
Tahun 2010-2011
Sehingga kini  bilangan guru ditingkatkan seramai 6 orang dan 12 orang pelajar.